Mee rebus

Monday, February 21, 2011

Entry makan2 lagi.....last weekend kami buat ni......mee rebus edisi chik la & hubby. Selalunya sabtu atau ahad adalah hari kami mengeksperimen skill masak2 menu istimewa. Kalau hari2 biasa tu menu yg biasa2 jugak. Teringin nak makan mee rebus....nak beli rasa cam tak boleh makan tambah2....elok buat sendiri....boleh makan tambah2 dan boleh sedekah kat jiran2.....murah rezeki...insyaAllah...
Memandangkan kat dlm peti ais ada satu bekas udang sederhana besar....mee, tokua, sawi, taugeh, telur maka kerja menjadi lebih mudah. Cuma kami bercadang utk masukkan tulang yg telah direbus dan air rebusan tulang utk menambah enak kuah mee rebus nanti. Pagi2 gi market ...nak carik tulang lembu....nak carik tulang lembu....
Dalam kul 10.30 pagi operasi bermula. Memula kena rebus tulang tu dulu bagi daging yang ada lembut sikit. Merebus tulang ni ambil masa sejam lebih jugak la...sambil2 tu kami siapkan la bahan2 yg lain.....mesin cili, potong bawang, potong cili merah, rebus telur, potong sawi, bersihkan taugeh, goreng tokua.....
Pastu bila dah ok.....baru la kami masukkan cili yg dah blend, bawang mesin ke dalam air rebusan tulang tadi, tulang tu tak payah keluarkan biarkan dlm tu.....dan satu lagi untuk memekatkan kuah mee rebus ni kami gunakan ubi keledek dan ubi kentang yg telah direbus dan dilecek.....masukkan dlm air rebusan tadi....kacau2 sambil tu rasa la...masukkan garam, gula dan serbuk perasa yg korang selalu guna.....
Bila kuah dah pekat, chik la masukkan jugak kacang tanah goreng yg telah dimesin sederhana halus....pastu baru masukkan udang pulak.....hhmmmm...masa ni aroma dah tak boleh tahan..hehhe
Klentang, klentung, klentang, klentung...akhirnya siapla mee rebus kami....

ni la kuah mee rebus ..udang tu dlm proses nak dikeluarkan lepas kena rendam dlm kuah tu utk beberapa minit..


ni bahan2 sampingan penghias dan penambah rasa mee rebus....telur rebus yg dah dipotong2, cili hijau dan tomato yg dah dihiris2, bawang besar dan jugak tomato(kes tak cukup tempat haha) yg juga dihiris2, taugeh yg dah dicelur, tokua digoreng dan dipotong nipis, sawi yg telah dicelur dan ditengah2 tu daun bawang dan daun sup yg telah dicincang

ni dia sebelum dicurah dengan kuah....letakkan jugak sepotong lemon....buah lemon ni tanam sendiri yer..

tu dia....yumm..yumm..

eh....lupa pulak...mee kuning yg dah dicelur dlm air panas....hmm..apsal pulak gambar ni dok tang bawah...takpe asalkan tunjuk....namanya mee rebus...mesti la yg ni wajib ada..hehhe

Jom Makan!!!

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook