Breakfast pagi ni..

Sunday, February 27, 2011

Dah breakfast?...Pagi ni chik la sediakan breakfast yg simple ajer....cucur jagung cicah kuah gulai.  Memandangkan hari Ahad adalah hari persekolahan di Kedah ni so awal la buat bfast hari ni.  Anak2 pun boleh bawak bekal sekali.....sesekali bila ibunya terlebih rajin hehehe...
Cucur  atau cekodok...selalunya chik la tak rujuk resepi apapun...tp sekadar nak buat kelainan. Lepas google2 kat blog kegemaran chik la ni dpt la jugak idea nak buat versi lain sikit....blog siapa lagi kalau bukan blog che mat gebu Kekadang bila free2 tu memang sajer2 ronda dlm  blog ni carik idea.  Resepi cucur yg chik la jumpa....cucur nasi, cucur magie, cucur ikan bilis, cucur telur....lebih kurang ajer beza tang sukatan.

Chik la try buat cucur jagung. Resepinya chik la ambil dpd blog berkenaan dan ubah sikit2...gini la jadinya :

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
secubit bikarbonat
1 batang cili merah racik halus
1 biji bawang besar...racik2
1 tongkol jagung..ambil isinya ( kalau nak byk guna la lebih, chik la beli jagung yg dlm pack kat pasaraya, 1 pack boleh la buat utk 2 x)
Sebiji telur (bagi lembut cucur, tak boh pun boleh)
1 sudu besar mayonis (che mat yg ajar...bagi lembut cucur walaupun dah sejuk..memang lembut dan sedap), boleh pilih nak letak telur atau mayonis.
air garam...ikut rasa
daun bawang - ikut suka....
minyak utk menggoreng

Masukkan semua dlm 1 bekas dan gaul...agak2 la utk buat cekodok....Panaskan minyak dlm kuali, kaut aduan dengan jari buat cucoq kecil2....

Pencicah - sos atau kuah gulai

ni la rupanyer..sorry gambar gelap sikit....chik la buat comel2...ambik 1 terus kunyah hehehe...cicah dengan kuah gulai malam tadi....

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook