Sawah padi

Saturday, January 22, 2011

Suka tak tengok sawah padi...org utara panggil bendang. Chik la suka tengok bendang ni bila tiba musimnya..hijau jer kiri kanan jalan saujana mata memandang. Negeri Kedah terkenal sebagai negeri Jelapang Padi....memang sesuai dengan panggilan tu sbb bila musimnya memang tak puas tengok la....memang best. Cuti sekolah yg lepas chik la sempat ke rumah kenduri member chik la masa di kolej dulu di Pendang. Member ni pulak berkahwin dengan kawan secoursemate chik la...tp kenduri ni kenduri adik dia...depa dah anak 4 dah...baru ja dpt cahaya mata yg ke 4 awal januari lalu.....
Masa pi kenduri tu dah petang dan baru lepas hujan maka sang pelangi pun menjengokkan diri. Mira dan afiah tergedik2 minta ambik gambar bagi nampak pelangi...puas la si ayah carik shot yg menarik supaya boleh nampak sang pelangi. Tp sorry la gambar pengantin mahukan rakan yg menjemput tak teringat nak ambik sbb masa mai tu memang tengah lapar, sampai ja terus terjah makan. Dapat pulak berlaukkan gulai batang pisang...fuhh..memang tak hengat!!! pastu dok sembang sembang....terus tak hengat nak bergambar sampai la nak balik baru teringat nak ambik gambar anak2 jer hehehe....

ni sepanjang jalan kat rumah pengantin....luas sebenarnya...

ada bahagian yg tengah dibajak....

irfan sedang meniti batas bendang....

anak dara ku suka benor dpt bergambar ada background pelangi...


tu yg kecik tu la rumah kenduri yg kami pergi...besar rumahnye yer, tu gambar jauh nampak tecik jer...kami parking jauh sbb jalan selorong kiri kanan bendang silap2  adjust nak bagi laluan boleh terjun dlm bendang..tu pasal kami parking jauh. Lepas makan nasik kenduri harusla berjalan ala2 lenggang kangkung sikit supaya terbakar sedikit lemak2 yang ada...hehe

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook