Entri tertunda lagi....ada beberapa lagi entri tertunda yg akan chik la update. Sekadar berkongsi dengan blogger2 semua..manala tahu satu hari nanti ada antara korang yg nak buat benda yg sama...at least dpt la gambarannya..hehe
Sebelum chik la ke Taman Rama rama hari tu, chik la dan family singgah dulu kat Pesta Bunga ni. Terletak di Tanjong Bungah berdekatan dengan area Waterfall. Setiap tahun akan diadakan pesta bunga ni selalunya berlangsung awal disember. Pada peminat2 bunga dan pokok2 memang sesuai la datang buat lawatan kat sini. Macam2 spesis bunga ada. Tapi kalau nak pi kena la datang awal pagi ...seronok tengok bunga2 segar....kalau lewat dah panas nak berjalan....terutama kalau datang bersama anak2. Chik la hari tu sampai dlm kul 8.30 pagi betul2 masa org sibuk2 nak buka gerai...hehe...kami pun tak plan nak singgah...tp bila dok nampak banner byk sangat tambah pulak hubby memang peminat tegar pokok2 ni kena la singgah jugak....

Bila sampai area ni kenalah berhati dengan penghuni setia kat sini. Area ni memang banyak spesis ni dok bergayut sana sini...meronda2 celah2 pokok menunggu sapa2 yg dok bawak bekas2 plastik makanan....kalau dia nampak sapa2 bawak makanan memang tak toleh dah silap2 kena kejar...hehe..spesis ni tak mesra alam yer...harap maklum...

Lanskap kawasan tengah area pameran ni.....menyambut kedatangan pelawat2

antara hasil kerja kreatif pihak penganjur....

abg irfan dan kak afiah sibuk nak suruh ambik gambar celah2 spesis orkid....layannn...

antara spesis orkid yg ada....chik la minat tengok ajer tak berapa minat nak tanam pokok2 orkid ni..yg ada kat rumah pun tak berjaga..hehe

ni kalau tak silap roses....bila dah byk2 dan macam2 color cantik la kan....

hhaaa....ada lagi spesis ni....yg ni takm berapa ganas....chik la mai dekat pun tak lari....ni tengah tunggu sapa nak hulurkan makanan....

kepenatan tunggu ayah ngan ibu dok belek bunga..hehe


ni bahagian dalam lagi....penat jugak la berjalan, tuan blog pun nak bergambar jugak...

ni antara lanskap sediaada di kawasan ni.....

Penat sungguh masa ni. Ada lagi sesi pameran pokok2 yg diadakan. Nanti chik la buat entry lain.



0 Comments