Update beading chik la pulak yer. Tak tahu nak bagi nama apa..so boh je la nama tuan baju..hehe. Memang suka jait baju ni sbb warna dia sweet jer. Chik la memang suka bila dpt baju kosong tak de corak ni...sbb senang nak padankan pattern dan warna maniknya. Pastu lepas dijahitkan manik baru nampak seri baju.
Baju ni jahit untuk leher dan hujung lengan.

Yang le lehernya. Oleh kerana tuan baju bertudung so chik la panjangkan jahitan tu bagi nampak mengelip2...memang tuan baju mintak camtu yer....apapun bila nak jait tu kena la dpt restu tuan baju tak boleh syok sendiri. Bahagian hujungnya chik la buat jurai2 sikit ...



Close up bahagian bawah......ok tak?



Bahagian bawah lagi...suka tengok pearl bulat tu ....dlmnya ada cam bentuk bunga ros, sama cam color sequin yg chik guna....tp tak boleh boh pearl juntai2 byk sangat nanti baju jadi berat.....



Yang ni pulak bahagian hujung lengan. Chikla buat bunga2 sequin kecik2 keliling lengan tu. Chik la memang jarang buat bunga sequin yg besar..suka yg kecil2 nampak comel jer....

So agak2 kawan2 boleh bagi berapa markah out of 10? hehehhe...

0 Comments