Buat Triffle

Wednesday, November 03, 2010

Agak lama tak update blog nih. Sibuk sikit lately ditambah dgn virus M yg menyerang...haha..tambah2 musim hujan yg melanda area utara sekarang ni....alhamdulillah hari ni cuaca elok..matahari pun dah menampakkan dirinya..harap2 hingga ke petang boleh la beri peluang baju2 yg bertambun2 tu kering di ampaian dan yg paling penting boleh jugak meredakan keadaan banjir di beberapa tempat di utara ni. Alhamdulillah area chik la tak terlibat.
Hehe..melalut pulak cerita ....sebenarnya chik la nak update pasal makan...ni triffle cubaan pertama chik la buat...teringin sangat nak makan benda ni....tak ingat ambik resepi kat blog mana.....dengan gigihnya jugak chik la pi carik bahan2 yg digunakan dan terhasil la triffle yg tak seberapa ni...ok la cubaan pertama, tak la susah...org yg tak biasa memasak pun kalau follow instruction dia..mesti boleh buat punyer...hehe
Ni chik la kongsi resepi yg chik la follow (tak ingat dpd blog mana...anyway thanks a lot to tuanpunyer resepi ni yer).....
Layer bawah bekas susun swiss roll yg dah dipotong
utk kastad nyer - 1 tin susu sejat, 2 sudu besar tepung kastad bancuh dengan 1/2 cwn air, 1/4 cawan gula...kemudian masak atas api yg perlahan sampai agak2 likat dan tuangkan atas swissroll yg dah susun2 tadi.
-pastu taburkan buah2 koktail  atas kastad tadi....
- masak pulak serbuk agar2 cap nona ikut la perasa apa yg minat, pastu tuang la pulak utk lapisan atas sekali....sejukkan nak best lagi masukkan dlm peti ais...budak2 memang suka dan hasilnya seperti ini...........


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook