Beading utk Ayu

Monday, November 15, 2010

Teruja nya chik la baru2 ni mendapat tempahan beading dpd nun jauh dr negeri bawah bayu. Tak sangka sungguh ada peminat (hehe..boleh panggil peminat la...) chik la di sana. Dpt sms dpd Ayu maklumkan nak hantar baju utk dimanikkan ....terkejut jugak chik la bila dpt tahu penempahnya dtg dpd Tamparuli, Sabah. Chik la ni bukan la pro sangat bab2 jahit manik ni sekadar mengrealisasikan minat dan melepaskan lelah bekerja di pejabat......
Ayu menghantar sehelai gauh labuh ...cantik sungguh gaunnya berwarna merah hati kosong .....chik la diberi tanggungjawap mengubah gaun tu supaya nampak bling2 sbb Ayu nak pakai untuk dinner. Masa diberi 1 minggu....Bila dpt baju tu macam2 yg chik la nak buat...hehhe tp disebabkan ada seminggu ajer utk disiapkan maka kenalah pilih yg simple2 ajer.....tp bak kata hubby chik la...simple biar nampak grand di mata org...iyelah bang....memang hubby tukang komen yg chik la beri tauliah utk mengomen setiap kali chik la dpt tempahan....
Gaun maroon memang naik serinya bila dikenakan dengan warna silver....shining2 gitu...dan chik la memang hanya menggunakan kristal, manik bulat, manik hex dan sebagainya yg berwarna silver sahaja....
Baju sampai pada Ayu ngam2 pagi sebelum baju tu nak dipakai malamnya..uishhh..lega hati chik la sekurang2nya penat2 jahit tercapai jugak la hajat tuan yg menghantarnya.....
Petang semalam terima sms dpd Ayu....beliau menang Best Dress Of The Night....huhuuhhu...kembang sekejap tukang jahitnya..hahahahha....untuk Ayu sekiranya terbaca blog ini...chik la tumpang seronok dan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan yg diberi.......boleh la antar lagi...hehehehe


close up bahagian pinggang....


ni la bahagian pinggang baju....chik la buat bentuk daun2 menjalar ke bawah dan atas. 3x tukar pattern akhirnya yg ni nampak kelas sikit...hehe

bahagian bawah....gaun kembang terbahagi kepada 3 bahagian...kiri dan kanan chik la buat pattern simple menggunakan batu kristal khas potongan tangan...kilat dia lain sikit dan bahagian tengahnya chik la buat patten manjalara (idea dpd sifu noraini). Selalu buat kecil ja di hujung lengan tp kali ni kena buat lebih panjang dan lebar supaya nampak tinggi sikit dan mengisi ruang kosong bahagian depan....alhamdulillah chik la pun suka dengan hasil kerja di baju ni....ok la utk beaders sambilan cam chik la nih....


Pasni nak tunggu kot2 ada tempahan dpd Bumi Kenyalang pulak...atau dpd kota Singa....Brunei..hehhehe...tinggi sungguh angan2 ku ini......hehhe..ok la cukup2 la merapu petang2 nih...

You Might Also Like

1 comments

  1. salam, kakak, sy najihah, sy minat lah hasil kerja tgn akak ni... kalau nk wat ala2 mcm ni utk majlis pertunangan leh x?? kain pon plain jek ~ cne nk hubungi akak.... email sy: nuhanajihah@yahoo.com. tq akak

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook