Baru sempat nak update entry yg nih....entry khas utk abang Irfan yg telah berjaya mendapat gold award dpd  Kumon bagi tahun 2010 Northern Region yg berlangsung di Sunway Convention Centre, Sunway Carnival Seberang Jaya, Penang. Alhamdulillah segala usaha abg Irfan terbalas dengan anuegerah yg memang diidam2kan olehnya....usaha lagi yer utk completekan semua level kalau boleh....insyaAllah...
Afiah dan Amira dpt bronze award kali ni.....ok la....they have put their effort ......alhamdulillah.
Mesti korang tertanya2 kan apa dia ASHR award ni. ASHR singkatan dpd Advance Student Honour Roll. Mereka yg attend program ini adalah terdiri daripada pelajar2 Kumon yg menerima anugerah gold, silver dan juga pelajar2 yg telah menamatkan semua level dlm subject Math, English di Kumon Centre. Untuk melayakkan dpt gold award, pelajar2 mesti telah membuat latihan 3 tahun ke depan, maksudnya kalau pelajar tu darjah 4..dia dah buat latihan sehingga tingkatan 1....adalah stardard rules lain yg pelajar2 ni kena follow.
Untuk chik la dan hubby, anugerah ni sebagai pendorong anak2 utk terus berusaha. Tujuan kami menghantar anak2 ke Kumon pertamanya tertarik dengan konsep pembelajaran yg menekankan disiplin belajar.....tiap2 hari memang ada latihan kena buat....tak kira cuti sekolah ka cuti apa ka.....latihan tetap ada. Anak2 ni kalau mak ayah suruh belajar memang liat sikit tapi kalau cikgu - tak kira la cikgu sekolah atau cikgu tuition...cepat jer depa buat kerja yg disuruh. Oleh kerana anak2 ni dah memang terbiasa membuat latihan setiap hari, so setiap kali exam chik la tak la rasa risau sangat sbb mereka dah disiplin kan diri mereka utk belajar dan fokus. Alhamdulillah setakat ni result mereka tidak mengecewakan kami.
Sebagai ibubapa yg bekerja 9-5 ...masa memang terhad dengan anak2.....sokongan2 seperti ini memang perlu untuk membantu anak2 dlm pendidikan mereka....
So kawan2 kalau berminat utk hantar anak2 ke Kumon....bulan Nov ni kebanyakan centre Kumon  akan buat kelas percuma selama 2 minggu, kalau berminat boleh terus register.....sekurang2nya masa cuti sekolah ni anak2 tak terus tinggalkan buku2 sekolah.....


sebelum program bermula...semua big2 bos depa dok atas pentas utk memastikan prgram berjalan lancar

antara anak2 yg berjaya menerima anugerah, dlm 20 org terselit la sorang dua budak2 melayu...huhuuhu

abg irfan dengan ketua region utara semasa terima award.....hmm..dah besar dah anak ibu nih...


1 Comments