mmm...sedapnyer....

Wednesday, October 06, 2010

Sajer nak update..ni dinner kami semalam - nasi daging ngan kurma. Hasil usahasama chik la dan hubby di dapur kelmarin. Kelam kabut jugak sbb kul 6pm baru nak start tung tang tung tang since chik la baru balik opis masa tu. Sib baik pagi2 dah siap potong2 daging dan suruh bibik rebus bagi lembut so masa nak masa boleh dipendekkan. Untuk nasi daging tu kami guna perencah nasi daging cap Iman. Sedap tau dah 2 kali buat. Pastu nak bagi sedap lagi campakkan la jugak kismis, gajus, daun sup, bawang goreng dan juga tambahkan susu cair - ikut la byk mana nasi yg nak dimasak. Kami punyer style memang main campak2 jer...hehe...
Ok petang ni nak masak speghetti corbonara pulak sementara tunggu hubby balik memancing...harap2 ada la sang tenggiri yg tersangkut....tenggiri baru kalau goreng makan dengan kicap pun sedap...hmmmm

gambar kurang memuaskan ..guna hp jer. :)

You Might Also Like

1 comments

  1. masa pergi pekan rabu last puasa, chik na pun ade beli rempah nasi daging.. tapi tak try masak lagi ;-)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook