Seronok baca update blogger lain tentang sambutan syawal. Bila la chik la nak update yer. Mood takde tambah2 bila nak pilih2 gambar, edit2 hehehe...tp dun worry nanti chik la update jugak utk kenangan kat blog chik la ni.
Dah start buat puasa 6 ka? Chik la tak start lagi...huhuuhu....kat sini chik la kongsikan fadhilat berpuasa enam utk tatapan bersama....

'Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal setelah berpuasa Ramadhan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasullullah s.a.w sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadhan menyamai puasa 10 bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau 2 bulan. Jika dicampurkan 10 bulan dan 2 bulan, maka genaplah setahun, itulah dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Seperti sabda Baginda yg maksudnya :

Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan  dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun. (hadis riwayat Al-Darimi)"

1 Comments

  1. samalah.....belum mula lg. Hrp2 dpt mula minggu depan.....insyaallah...slmt berpuasa sunat ye.....

    ReplyDelete