jjcm - part 2

Thursday, July 01, 2010

Agak2 boleh abis tak crita ni...chik la cuba yer....
Hari kedua, seawal 8am..masing2 ahli rumah dah siap bersarapan sbb nak jenjalan pulak. Kami ni bukannya tahu sangat nak tuju kat mana main agak2 jer...so first destinasi yg dituju ialah PCB. Budak2 bukan main seronok lagi dengar kata nak pi pantai.....hehe awal2 dah sound  : harap berjaga2 jangan sampai baju basah...stok terhad. Tapi dah nama pun kanak2 ...memang pantang jumpa pasir. Tengok la gelagat anak2 di tepi pantai.....

Lepas tu singgah pulak kat deretan kedai2 yg jual kaftan, sutera,t shirt ....hubby kata kalau nak bli kaftan bli kat sini sbb harganya murah sikit.....betul tak betul tu tak tahu la tp masa chik la tanya kat pasar ct khadijah memang betul harganya lebih murah...kaftan kanak2 pun beza 4-5 ringgit....Kami tak la beli belah sangat cukup sorang satu sebagai kenangan.

Habis PCB, terus ke bandar KB...destinasi seterusnya ke perkampungan budaya....masa tu dah masuk waktu makan tengahari. Rupa2nya kat situ ada tempat makan ala2 kampung, banyak ulam-ulaman. Ramai jugak....lepas ronda2 kat situ terus pi serbu untuk makan...beratur jugak la..tp memang best makan kat situ...pas makan sempat posing2 lagi.

Berhadapan dengan perkampungan budaya, ada muzium diraja. Singgah jugak...anak2 memang suka masuk muzium....dptla tengok salasilah diraja Kelantan. Dalam muzium memang tak bleh ambik gambar tp kami snap jugak....hehe..mintak maaf la pada yg jaga muzium tu......sekadar kenangan...he
Lepas muzium, anak2 dah tak larat semua dah kepenatan dan ada yg dah terlena kat dlm kereta. Tp singgah jugak ke pasar besar siti khadijah...sekadar mencuci mata.....

Abis ronda memang dah tak larat so kami balik ke hstay rehat2 dulu sbb belah malamnya nak ronda wakaf che yeh pulak. Kat wakaf tak ambik gambar pun .....tak larat. Panjang sangat pasar malamnya lenguh kaki dok ronda. Tp satu yg chik la respect...semua peniaga hanya memulakan perniagaan mereka 10-15 min selepas masuk waktu maghrib. Sebelum tu walaupun gerai mereka dah ready tp kalu kita nak beli, mereka tak jual...semua kata lepas maghrib yer kak.....Abis ronda singgah makan di Yati Ayam Perchik dan terus balik umah ...kepenatan dan perlu kumpul tenaga ...esok nak ke KT pulak.

Alamak..dah abis waktu lunch ler...chik la kena stop dulu. Hari ni chik la puasa sunat rejab sbb tu la boleh layan blog nih.....so kena sambung part 3 jugak....harap tak bosan membacanya tp ikut chik la kan..blog chik la (hehehe..ikut ayat eynda ...... hehhehe) tbc

You Might Also Like

4 comments

  1. hahaha....x per....take your time chik la... :)

    ReplyDelete
  2. sempat makan kat yati ayam percik lagi.. salah satu ayam percik yg famous kat KB ;-)

    ReplyDelete
  3. bestnyer.... nak g baca story akak sebelum ni... hajar ketinggalan...

    ReplyDelete
  4. kak ani: thanks..

    Chik na:ye la asal nak pi jer penuh..tp usaha jugak pergi lagipun hstay yg disewa tu berhadapan dengan restoran tu..hehe

    hajar: tengah baca trip to KK jugak.hehhe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook