Sapa suka makan ikan bakar ?....angkat tangan!!
Hari ni nak cerita pasal ikan bakar. Jumaat lepas sementera menunggu anak2 di kumon, chik la dan hubby menjalankan tugas biasa meronda2 di pasar malam. Hubby teringin nak makan ikan bakar. Kami beli sepotong ikan pari dan 2 ikan lampam.
Ikan bakar ni yg bagi sedap ialah sambal nya. Resepi yg paling senang...bagi sesiapa yg berminat nak bakar ikan cuba masakkan dahulu sambalnya dan masukkan kiub tomyam.....musti sedap rasanya..tak payah dah pi kedai..kat rumah pun boleh buat.

Chik la share resepi sambal utk ikan bakar ...

Cili kering mesing kasar - agak2 la berapa ekor ikan yg nak dibakar
Bawang putih, merah - mesin
Bawang besar - hiris2kan
Serai - mesin dlm 2batang
Asam keping - 2@3
Kiub tomyam - 1@ 2 bergantung kepada byk mana nak buat
minyak -utk menumis
Gula, garam - secukup rasa

Cara:
- memula tu panas minyak sikit jer dlm 1sudu. Dah panas, masukkan cabai mesin, bawang mesin, bawang besar,serai - kacau2 sedikit. Biarkan 2,3 minit masukkan pulak asam keping, kiub tomyam..kacau lagi. Biarkan 2-3 min masukkan gula dan garam ...agak2 la rasanya...boleh la padamkan api. Tak payah masak lama2 sbb nanti nak letak kat ikan tu untuk dibakar pulak.

So jadilah macam ni........

ni masa baru letak ikan dan sambalnya...alas dulu dgn daun pisang..

pastu tutup dengan daun pisang jugak supaya senang nak balik2 ikan nanti

dah masak...

sedia untuk dimakan..

7 Comments

  1. sedapnyaaaaaaaaaaa ...
    dah lama tak makan ikan bakar ...

    ReplyDelete
  2. akak masak ikan bakar sendiri? terbaek la! huhu lapa sungguh dah ni.

    ReplyDelete
  3. alya:sejak tau nak buat sambal best cam kat kedai tu..akak buat sendiri jer..puas makan....he

    ReplyDelete
  4. ikan bakar febret family kami tu...peh ni bleh cube resepi kzi...

    ReplyDelete
  5. Sue: cuba jgn tak cuba...rahmat kan slalu dpt ikan besar2..he

    ReplyDelete
  6. sedapnya...sambil angkat tangan :-)

    ReplyDelete