Hehe..lama jugak chik la tak update yer.....dilanda ke'busy'an tahap gaban daripada hari pertama cuti sekolah bermula dan rasanya sampai la cuti sekolah berakhir....mengalah budak sekolah dan cikgu2nyer.
Nak tahu kenapa chik la sibuk sangat?....Biasa la bila cuti sekolah ada kenduri kawin, anak2 ajak berjalan, tetamu datang rumah, kerja opis lagi, nak siapkan baju kenduri orang lagi...bla...bla...tu pasal la nak update blog pun tak sempat. Ambik gambar pun simpan jer dulu...bila la chik nak nak bercerita kat blog.
Hari ni since dah sampai terawal kat opis, chik la nak ambik kesempatan update  sat. Nak update yg mana dulu.....hmmmm...
Ok la chik la update dulu kejutan yg kami sefamily terima pada ahad lepas. Elok2 lepas suboh, chik la terima panggilan telefon daripada kakak chik la yg tinggal di Melaka maklumkan mereka berada di area Nibong Tebal....fuhh...terkejut sungguh chik la sbb NT tu tak sampai 1/2 jam ja nak tiba rumah chik la. Kakak datang bersama suami dan anak2 nak singgah sekejap kat rumah chik la sbb abang ipar nak pi kenduri kawin di rumah sedara mara belah BIL. Ohh....gitu ceritanya..maka chik la pun bersilat la jugak.....hari tu memang plan tak mau masak dpd pagi sampai malam sbb ada kenduri berderet2 nak kena pi.....oleh kerana nak terima tetamu so at least kena la jugak siapkan breakfast.....breakfast segera jer..beli...hahahhahahha.....
Nasib baik rumah berada dalam keadaan baik sebb masih pagi dan anak2 semua belum mula bermain2 lagi...kalau dah start main...alamatnya rumah bersepah dengan buku2, pensil, mainan...bla...bla....
So hari ahad lepas berjumpa la chik la dengan kakak dan anak2 sedara chik la...dah lama tak jumpa since lepas raya tahun lepas...maklum la chik la ni jauh di utara, depa semua jauh di selatan dan chik la pun semenjak anak2 dah bersekolah balik melaka pun bila time raye.
Anak2 chik la yang paling seronok bila sepupu2 ni datang......sampaikan sibuk dok tanya pasai pa depa tak mau tidoq kat rumah kita.....jenuh jugak la..pakngah dan makngah nyer nak menjawap.....newey  sebelum balik ke Melaka mereka datang bermalam  di rumah chik la.....punyer la seronok bersembang sampai pukul 2 pagi....pastu esoknya pi kerja punyer ler mengantuk....
Eh..eh...panjang pulak cerita chik la ni......ok kena brenti dulu...nanti kita sambung ngan cerita lain pulak....


adik mira ngan sepupu...sama tak muke mereka?...


ni la anak2 ngan sepupu..abg irfan mula2 malu nak bergambar sbb dia sorang jer boy..hehehhe

1 Comments

  1. seronok kan jumpa adik beradik.....lebih2 lg yg lama x jumpa. Borak sakanlah sampai pg.....ye :)

    ReplyDelete