Jawab Tag Lesen Memandu..hehhee

Friday, May 14, 2010

Terajin pulak nak jawap tag.  Selalunya chik la peramkan tag lama2, pastu lupa ..hahhaa....Hari ni rasa cam menarik pulak tag yg chik la dpt.....terima kasih la kat chik na yg rajin sungguh bagi tag kat chik la ni. Ok tanpa membuang masa ni la jawapan chik la...... :)

Adakah anda mempunyai lesen memandu?

Sudah tentu...

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Lepas dpt kerja kat KL...masa tu dok ngan abang chik la kat Flat Sri Melaka Cheras, ikut kak ipar yg jugak nak blajar memandu...last2 uncle yg dok ajar kami tu tiap2 kali kena buli.....sorry aaa uncle..

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Ada la dlm 9 tahun.....kalu sekolah baru darjah 3 hahha. Lepas dpt lesen P chik la tak bawak keta sampai abis 2 tahun. Pastu dah kawin..kena pindah Penang ikut hubby...kerja lak bahagian marketing, nak tak nak memang kena bawak keta sendiri....padan muka !

Pengalaman pahit ketika memandu?
Tak de le pahit sangat....tp seronok untuk dikenang. Chik la ni sampai hari ni tak tahu bawak keta manual....bila kena bawak keta sendiri, suruh hubby tukar kereta auto baru berani bawak....hubby pun kena la layan permintaan chik la sbb dia pun tak mau jadi drebar sepenuh masa...hehehe
Eh..eh ni pengalaman pahit ketika memandu ka?....hantam saja la labu....

Pengalaman manis?
Bila nak dpt anak no 3, mr hubby setuju tukar ke MPV.....sukenyer.......bila nak jalan2 boleh la anak2 tidor baring dlm keta......

3 tabiat ketika memandu?
a) chik la suka bawak keta berkaki ayam...rasa cam confident je kat tempat2 yg dipijak tuh..
b) lain pulak dpd chik na, chik la suka tunggu tanda aras minyak tu menyala2 baru terhegeh2 nak pergi stesen minyak.....
c) kalau memandu sorang2 suka dengar radio sambil ikut2 berkaraoke....pastu bawak laju2 sikit...tp still under speed limit....
3 pantang time i memandu bila?
a) tak suka ikut belakang lori, bas dan kenderaan2 besar dan panjang.....kalau ada tu chik la akan carik jalan utk overtake jugak2...
b) sama cam chik na, pantang betui jenis2 pemandu yg suka2 masuk kiri kanan dengan jarak dekat pastu tak bagi signal....
c) bila anak2 dok berkelahi berebut barang atau berlawan cakap kat belakang....

Nak bagi tag ini pada :
Sapa2 yg tak dpt lagi tag ni boleh la buat.....

You Might Also Like

1 comments

  1. top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casinos online[/url] hinder the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino bonus[/url] manumitted no deposit hand-out at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino online
    [/url].

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook