Tempe

Saturday, April 17, 2010

Suka makan tempe tak? Tempe ni memang favourite chik la sejak kecik2 lagi. Dulu masa kecik2 mak suka goreng atau buat sambal ngan ikan bilis ataupun masuk dalam kuah lontong. Masa mula2 dok kat utara ni susah jugak nak jumpa org jual tempe....tapi sekarang ni dah mudah nak carik..kat pasar malam pun ada jual.
Awal pagi tadi, lepas antar anak teruna chik la ke sekolah - dia ada menyertai pertandingan menulis jawi, chik la singgah kat kedai dengan harapan adalah si tempe....sampai kedai yg pertama chik la carik ialah tempe...dpt la 4 keping, chik la nak buat lontong ja hari ni. Buat sambal ikan bilis + tempe...rebus mini ketupat..buat kuah lontong..siap la makanan tengahari kami sekeluarga. So kejap lagi boleh la chik la pi tengok anak teruma chik la tu pulak......sorry la disebabkan chik la tak boleh nak download gambar lagi...ni gambar tempe yg chik la google.....baca lah khasiatnya (yg ni pun google jugak)...


gambar google(thanks ....)


Khasiat tempe :
Tempe berpotensi untuk digunakan melawan radikal bebas, sehingga dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes, kanker, dan lain-lain). Selain itu tempe juga mengandung zat antibakteria penyebab diarrhoea, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hypertension, dan lain-lain.

Komposisi gizi tempe baik pada kadar protein, lemak, dan karbohidratnya tidak banyak berubah dibandingkan dengan soya/kedelai. Namun, kerana adanya enzim pencernaan yang dihasilkan oleh ragi tempe, maka protein, lemak, dan karbohidrat pada tempe menjadi lebih mudah dicerna di dalam tubuh dibandingkan yang terdapat dalam soya. Oleh itu, tempe sangat baik untuk diberikan kepada semua (dari bayi hingga dewasa), sehingga boleh disebut sebagai makanan semua peringkat umur.

Dibandingkan dengan soya/kedelai, terjadi beberapa perkara baik hasil daripada tempe. Secara kimia hal ini boleh dilihat dari peningkatan kadar padatan terlarut, nitrogen terlarut, asam amino bebas, asam lemak bebas, nilai cerna, nilai efisiensi protein, serta skor proteinnya.

Beberapa penelitian menunjukkan bahwa zat gizi tempe lebih mudah dicerna, diserap, dan dimanfaatkan tubuh dibandingkan dengan yang ada dalam soya/kedelai. Ini telah dibuktikan pada bayi dan kanak-kanak penderita gizi buruk dan diarrhoea kronik.

Dengan pemberian tempe, pertumbuhan berat badan penderita gizi buruk akan meningkat dan diarrhoea menjadi sembuh dalam waktu singkat. Pengolahan soya/kedelai menjadi tempe akan menurunkan kadar raffinosa dan stakiosa, yaitu suatu senyawa penyebab timbulnya gejala flatulensi (kembung perut).

Mutu gizi tempe yang tinggi memungkinkan penambahan tempe untuk meningkatkan mutu serealia dan umbi-umbian. Hidangan makanan sehari-hari yang terdiri dari nasi, jagung, atau ubi akan meningkat mutu gizinya bila ditambah tempe.

Sepotong tempe goreng (50 gram) sudah cukup untuk meningkatkan mutu gizi 200g nasi. Bahan makanan campuran beras-tempe, jagung-tempe, ubi-tempe, dalam perbandingan 7:3, sudah cukup baik untuk diberikan kepada kanak-kanak.



You Might Also Like

5 comments

  1. banyak khasiat tempe kan? saya suka sgt tempe. tp husband kureng skit sebab dia org utara. :)

    ReplyDelete
  2. Alya...akak memang suker tempe nih..anak2 pun dah mula suka..hubby dulu tak suka tp sbb akak slalu masak tempe nih..la dah suker..hehhe

    ReplyDelete
  3. TEMPE BEST! Favourite....sbb ia boleh cantikkan kulit gak tau :)

    ReplyDelete
  4. betul...betul..betul....tiap2 minggu mesti carik tempe...:)

    ReplyDelete
  5. first time belajar makan tempe masa dok ngan housemate orang jawa... macam macam masakan dia masak dari tempe nih..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook