Semalam dan hari ni chik la dok kat rumah ...kenapa? MC 2 hari buat masa ni sbb serangan penyakit Konjunctivitis. Ape ker benda nye nih?.....Ala senang cakap org kampung ..sakit mata merah....huhuhu...satu family chik la kena tp yg serius chik la ngan hubby.  Tension betui.....mata rasa macam nak terkeluar jer...anak2 kata ayah ngan ibu dah jadi dracula.....
So tak boleh la nak bertenet lama2....ni pun masuk tenet sbb nak kena jawap email2 kerja yg berlambak2 masuk..huhuhu...cuti2 pun kena tengok kerja jugak.....huuhuhuh....
Chik La sertakan sedikit maklumat berkenaan penyakit ni utk di kongsi bersama...nipun chik la dpt dpd web....see u oallll..

Konjunctivitis


Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.

Tanda dan gejala.

Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.

Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan

Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis "mast cell stabilizer".

Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis
Maka, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik. Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain

1 Comments

  1. now ni memang musim sakit mata kut. anyway take care... semoga cepat sembuh

    ReplyDelete